Peraturan

 

 

 

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN MADRASAH

 

PERKARA  1 :  HARI PERSEKOLAHAN DAN CUTI

1.1        HARI PERSEKOLAHAN : ISNIN HINGGA JUMAAT

1.2        HARI CUTI :  JUMAAT SELEPAS ASAR HINGGA AHAD SEBELUM SOLAT MAGHRIB

( TERTAKLUK KEPADA JADUAL DAN BUDIBICARA GURU )

1.3       CUTI YANG TERTAKLUK DALAM TAKWIM TAHUNAN MADRASAH.

PERKARA  2 :   KEHADIRAN KELAS

2 .1         PELAJAR MESTILAH BERADA DALAM KELAS SEKURANG-KURANGNYA 5 MINIT SEBELUM KELAS BERMULA.

2.2          PELAJAR YANG TIDAK DAPAT HADIR KERANA SEBAB-SEBAB YANG MUNASABAH SEPERTI KEMATIAN, SAKIT DAN LAIN-LAIN, HENDAKLAH MEMAKLUMKAN KEPADA PIHAK PENGURUSAN MADRASAH DAN GURU KELAS MASING-MASING DENGAN MENGEMUKAKAN SURAT PENGESAHAN DARIPADA DOKTOR ATAU IBUBAPA / PENJAGA.

2.3          PELAJAR SEPENUH MASA YANG BERULANG MESTILAH MEMATUHI JADUAL WAKTU KELAS YANG TELAH DITETAPKAN. SEBAIK-BAIKNYA SOLAT SUBUH BERJEMAAH BERSAMA-SAMA PELAJAR-PELAJAR YANG LAIN DAN PULANG SELEPAS SOLAT ISYAK.

2.4          PELAJAR YANG DATANG LAMBAT DARI BERCUTI MESTI DATANG  BERSAMA IBUBAPA / PENJAGA DAN MELAPORKAN  KELEWATANNYA KEPADA PIHAK PENGURUSAN MADRASAH.

 

PERKARA  3 :   LAWATAN IBUBAPA / PENJAGA

3.1          IBUBAPA / PENJAGA YANG INGIN BERJUMAPA DENGAN ANAK-ANAK MESTILAH BERBUAT DEMIKIAN MELALUI PIHAK MADRASAH.

3.2          LAWATAN ATAU MEMBAWA PELAJAR KELUAR DARI KAWASAN MADRASAH HANYALAH DENGAN KEBENARAN PIHAK MADRASAH.

3.3          WAKTU LAWATAN IALAH SELAIN DARIPADA WAKTU KELAS YANG TELAH DIJADUALKAN. SEBAIK-BAIKNYA MAKLUMKAN DULU KEPADA PIHAK MADRASAH AKAN KEDATANGAN IBUBAPA / PENJAGA UNTUK TUJUAN LAWATAN.

3.4          PELAJAR TIDAK DIBENARKAN MEMBAWA ORANG LUAR KE DALAM ASRAMA, SAMAADA IBUBAPA / PENJAGA, SAUDARA-MARA ATAU BEKAS PELAJAR MADRASAH INI SEKALIPUN.

 

PERKARA  4 :   YURAN DAN WANG SAKU / WANG BELANJA

4 .1         YURAN BULANAN HENDAKLAH DIJELASKAN SEBELUM 10HB PADA SETIAP BULAN. BAYARAN HENDAKLAH DIBUAT KEPADA USTAZ YANG DITUGASKAN OLEH PIHAK MADRASAH.

4 .2         PELAJAR TIDAK DIBENARKAN MENYIMPAN SENDIRI WANG SAKU LEBIH DARI RM10.00.SELEBIHNYA HENDAKLAH DISIMPAN OLEH PIHAK MADRASAH.

4 .3         PELAJAR TIDAK DIBENARKAN MENYIMPAN WANG HADIAH KENDURI. PELAJAR YANG MEMILIKI WANG TERSEBUT HENDAKLAH MENYERAHKAN KEPADA PIHAK MADRASAH UNTUK DIAGIHKAN SAMA RATA.

4 .4         PEMBERIAN WANG DARI IBUBAPA / PENJAGA KETIKA WAKTU KELAS HENDAKLAH DIBUAT MELALUI PIHAK  MADRASAH.

 

PERKARA  5 : PERGAULAN ATAU MUAMALAH SETEMPAT

5.1          PELAJAR MESTILAH MENGHORMATI SEMUA USTAZ-USTAZ, PIHAK PENTADBIRAN, KAKITANGAN MADRASAH, AHLI JEMAAH SURAU KHUSUSNYA AHLI JAWATANKUASANYA DAN TETAMU-TETAMU MADRASAH.

5.2          PELAJAR DILARANG MEMBUAT BISING, BERGADUH, EJEK-MENGEJEK ATAU MEMBENTUK KUMPULAN-KUMPULAN. SEKIRANYA BERLAKU SALAH FAHAM, ADUAN HENDAKLAH DIBUAT SEGERA KEPADA PIHAK MADRASAH.

5.3          PELAJAR YANG BERUMUR 12 TAHUN DAN KEBAWAH TIDAK DIBENARKAN BERGURAU ( YANG BERLEBIHAN ) DENGAN PELAJAR YANG LEBIH TUA UMURNYA. BEGITULAH JUGA SEBALIKNYA.

5.4          PELAJAR MESTILAH BERKELAKUAN BAIK DAN MENUNJUKKAN CONTOH YANG BAIK KEPADA MASYARAKAT SEBAGAI SEORANG PELAJAR TAHFIZ AL QURAN.

 

PERKARA  6 :  PAKAIAN

6 .1         SEMUA PELAJAR DIWAJIBKAN BERPAKAIAN KEMAS DAN BERSIH SEMASA KELAS DAN SOLAT BERJEMAAH DAN MEMAKAI PAKAIAN RASMI MADRASAH IAITU :

PELAJAR LELAKI : BERSERBAN PUTIH, KOPIAH PUTIH, JUBAH PUTIH, BAJU DALAM ( T-SHIRT ) PUTIH DAN BERSELUAR  PUTIH ATAU KAIN PELIKAT.

PELAJAR WANITA : BERPAKAIAN SERBA HITAM ( TUDUNG DAN JUBAH ) SEMASA KELAS ATAU DI KAWASAN  MADRASAH DAN TELEKUNG PUTIH SERTA KAIN SEMASA SOLAT BERJEMAAH.

6.2      PAKAIAN PELAJAR TIDAK DIBENARKAN YANG BERGAMBAR.

6.3      PAKAIAN SEMASA DATANG KE MADRASAH DAN PULANG KE RUMAH ADALAH PAKAIAN RASMI MADRASAH.

6.4      SETIAP PAKAIAN HENDAKLAH DITANDA DENGAN PENGENALAN DIRI MASING-MASING DAN PASTIKAN IANYA SENTIASA DALAM KEADAAN BERSIH DAN TIDAK BERSEPAH.

6.5      PELAJAR HANYA DIBENARKAN MEMBAWA 4 PASANG BAJU RASMI MADRASAH, 3 PASANG BAJU TIDAK RASMI DAN 2 PASANG BAJU SUKAN.

6.6       PELAJAR HENDAKLAH MEMBASUH SENDIRI PAKAIAN MASING-MASING ATAU MENYERAHKAN PAKAIAN KOTOR KEPADA IBUBAPA / PENJAGA.

6.7        SEMUA PELAJAR MESTILAH MEMASTIKAN PAKAIANNYA YANG BERADA DIAMPAIAN DIAMBIL SEBELUM PULANG BERCUTI ( HUJUNG MINGGU / SEMESTER ).

PERKARA  7  :  RAMBUT

7 .1         RAMBUT MESTILAH SENTIASA DALAM KEADAAN PENDEK (BAGI PELAJAR LELAKI ) DAN KEMAS.

7.2          BAGI PELAJAR LELAKI, TIDAK DIBENARKAN MENYIMPAN RAMBUT MELEBIHI SAIZ NO. 3 ( MENGIKUT POTONGAN MESIN RAMBUT ).

7.3          APABILA MEMOTONG RAMBUT, PELAJAR HENDAKLAH MEMOTONG KESELURUHAN RAMBUT DENGAN SATU SAIZ POTONGAN SAHAJA.

 

PERKARA  8  :  KEBERSIHAN

8.1          PELAJAR DIWAJIBKAN MENJAGA KEBERSIHAN DIRI, PAKAIAN, TEMPAT / ALAS TIDUR, PERALATAN PERIBADI SEPERTI BERUS GIGI, UBAT GIGI, SABUN MANDI DAN LAIN-LAIN.

8.2          SEMUA PELAJAR BERTANGGUNGJAWAB MENJAGA KEBERSIHAN MADRASAH DAN KAWASAN SEKITANYA.

PERKARA  9 :  ASRAMA

9. 1         PELAJAR TIDAK DIBENARKAN BERADA DIDALAM ASRAMA SEMASA KELAS DAN WAKTU SOLAT.

9 .2         LAMPU ASRAMA AKAN DITUTUP TEPAT JAM 10.00 MALAM.

9 .3         PELAJAR TIDAK DIBENARKAN MEMBAWA BAHAN BACAAN YAN MEROSAKKAN ( NOVEL, KOMIK, MAJALAH        DLL. ), GAMBAR-GAMBAR YANG TIDAK SENONOH, ALAT PERMAINAN YANG MELALAIKAN DAN TELEFON BIMBIT (HANDPHONE).

9.4          PELAJAR MESTILAH MENJAGA HARTABENDA ASRAMA DAN MADRASAH SERTA MENGGUNAKANNYA DENGAN CERMAT. SEBARANG KEROSAKAN HENDAKALAH DILAPORKAN SEGERA KEPADA PIHAK MADRASAH / USTAZ.

9.5          PELAJAR TIDAK DIBENARKAN MAKAN DAN MINUM DALAM ASRAMA.

9.6          CADAR DAN SARUNG BANTAL MESTILAH BERWARNA PUTIH, TIDAK BERGAMBAR DAN PASTIKAN ALAS TIDUR / KATIL SENTIASA DALAM KEADAAN BERSIH DAN KEMAS.

9.7          PELAJAR YANG SAKIT / UZUR HENDAKALAH MENGISI BORANG CUTI SAKIT DAN MENDAPATKAN KEBENARAN UNTUK BEREHAT DIDALAM ASRAMA.

9.8          ALAMARI MESTILAH SENTIASA DALAM KEADAAN BERSIH DAN PAKAIAN ATAU BARANG-BARANG KEPERLUAN DISUSUN DENGAN KEMAS.

9.9          TUALA MANDI DAN KAIN BASAHAN HENDAKLAH DISIDAI DI AMPAIAN ATAU TEMPAT SIDAI YANG DISEDIAKAN.

PERKARA  10 :  MUAMALAH SEMASA DI RUANG SOLAT.

10.1      PELAJAR MESTILAH MENUNAIKAN SEMUA SOLAT FARDHU SECARA BERJEMAAH DIAWAL WAKTU.

10.2      PELAJAR MESTILAH BERADA DI MUSOLLA ( TEMPAT SOLAT ) 10-15 MINIT SEBELUM AZAN.

10.3      PELAJAR MESTILAH MENUNAIKAN SOLAT SUNAT MUAKKAD SEBELUM / SELEPAS SOLAT FARDHU.

10.4        PELAJAR MESTILAH MENJAGA ADAB DAN AKHLAQ DAN DILARANG TIDUR,BERGURAU, BERSEMBANG, BERMAIN-MAIN, BERLARI-LARI DAN BERKELAKUAN BURUK DI MUSOLLA ( TEMPAT SOLAT ).

10.5        PELAJAR TIDAK DIBENARKAN MENGALIH ATAU MENGUBAH BARANG-BARANG MUSOLLA TANPA KEBENARAN.

10.6        SILA PASTIKAN SUIS LAMPU DAN KIPAS DIPADAMKAN SELEPAS DIGUNAKAN. AL QURAN DAN BUKU-BUKU DISUSUN KEMAS.

PERHATIAN : SEMUA PERATURAN-PERATURAN DIATAS HENDAKLAH DIPATUHI. SEBARANG PELANGGARAN PERATURAN AKAN DIKENAKAN TINDAKAN TATATERTIB.

 

 

 

 

 

 

KESALAHAN PELAJAR DAN TAHAP HUKUMANNYA

DALAM KELAS

  • A) TIDAK HANTAR SABAQ / PARA / MUKHTA.
  • 1- NASIHAT.
  • 2- MENGAJI WAKTU REHAT (LANCARKAN) DAN PASTIKAN DI HANTAR.
  • 3- SOLAT SUNAT 4 RAKA’AT (DIPANTAU).
  • 4- MENGAJI WAKTU CUTI HUJUNG MINGGU.
  • 5- ROTAN 2 KALI / PUASA SEHARI.
  • 6- BINCANG MASALAH DENGAN IBU BAPA.
  • B) LEWAT MASUK KELAS TANPA SEBAB / MAIN / TIDUR / TAK BUAT KERJA RUMAH.
  • 1) NASIHAT.
  • 2) BERDIRI ½ JAM.
  • 3) TULIS JAWI DAN RUMI 30:30.
  • 4) SOLAT SUNAT 4 RAKA’AT.
  • 5) MENGAJI WAKTU REHAT.
  • 6) KHIDMAT MADRASAH.

MASALAH AKHLAQ

  • A) MEROSAKKAN BARANG MADRASAH ATAU KAWAN / MENCURI / MENGAMBIL BARANG ORANG TANPA IZIN.
  • 1) NASIHAT AGAR TIDAK MENGULANGI KESALAHAN.
  • 2) MINTA MAAF KEPADA YANG BERKENAAN.
  • 3) PULANGKAN / GANTI RUGI.
  • 4) SOLAT TAUBAT 4 RAKA’AT / 2 ROTAN.
  • 5) BINCANG MASALAH DENGAN IBU BAPA.
  • B) BERCAKAP KASAR DAN TIDAK SOPAN / MENCARUT / MENGEJEK / BERBOHONG.
  • C) BERGADUH / BERTINDAK KASAR ATAU MEROKOK
  • D) TIDAK  MENGHORMATI GURU, TETAMU DAN MASYARAKAT TEMPATAN.
  • 1) NASIHAT AGAR TIDAK MENGULANGI KESALAHAN.
  • 2) SOLAT TAUBAT 4 RAKA’AT (DIPANTAU).
  • 3) MINTA MAAF KEPADA YANG BERKENAAN.
  • 4) KHIDMAT MADRASAH.
  • 5) PUASA SEHARI DAN TIDAK BOLEH BALIK RUMAH 3 MINGGU.
  • 6) BINCANG MASALAH DENGAN IBU BAPA.
  • E) TIDAK MENJAGA AURAT ATAU PAKAIAN KURANG SOPAN
  • 1) NASIHAT.
  • 2) SOLAT SUNAT 4 RAKA’AT (DIPANTAU).
  • 3) SOLAT TAUBAT 4 RAKA’AT DAN TULIS JAWI DAN RUMI 30:30.
  • 4) PUASA 1 HARI / 2 ROTAN.
  • 5) KHIDMAT DAN TIDAK BOLEH BALIK HUJUNG MINGGU.
  • F) MEMBAWA BARANG TERLARANG (TELEFON BIMBIT, RADIO, CD, MAJALAH DLL).
  • 1) NASIHAT.
  • 2) RAMPAS BUANG.
  • 3) SOLAT TAUBAT 4 RAKA’AT (DIPANTAU).
  • 4) ROTAN 2 KALI / KHIDMAT MADRASAH.
  • 5) BINCANG MASALAH DENGAN IBU BAPA.

 

 

KEBERSIHAN

  • a) Almari tidak kemas
  • b) Pakaian bersepah / bersepuk / dibiaskan dipenyidai
  • c) Tidak buat tugasan khidmat seperti yang di jadualkan
  • d) Tidak jaga kebersihan diri
  • 1) Nasihat agar berubah
  • 2) Di kemaskan semula
  • 3) Solat sunat 4 raka’at (dipantau)
  • 4) Khidmat masyarakat
  • 5) Rotan 2 kali dan tidak boleh balik hujung minggu

PROGRAM IJTIMA’I (BERKUMPULAN)

  • a) Solat berjemaah (gagal hadir / masbuk)
  • b) Ta’lim ( gagal hadir / lewat)
  • c) Kelas malam
  • d) Tidur tengahari / malam (lewat / tidak tidur pada waktunya)
  • 1) Nasihat
  • 2) Solat sunat 4 raka’at
  • 3) Tulis jawi dan rumi 30:30
  • 4) Khidmat madrasah waktu rehat
  • 5) Puasa 1 hari / 2 rotan
  • 6) Tidak boleh balik hujung minggu

PONTENG TANPA PENGETAHUAN MADRASAH DAN TANPA ALASAN YANG MUNASABAH.

  • 1) Nasihat untuk berubah
  • 2) Mengaji waktu rehat / cuti mingguan untuk ganti kelas yang tertinggal
  • 3) Solat sunat 8 raka’at
  • 4) Rotan 2 kali dan bincang masalah dengan ibu bapa
  • 5) Gantung pengajian ½ minggu untuk munasabah diri dengan di bekalkan kerja rumah.

 

MELANGGAR PERATUAN / DISIPLIN MADRASAH

  • a) Kelas madrasah tanpa izin / sampai tamat selapas magrib
  • b) Balik rumah kawan / bukan muhrim / tidak dikenali pada cuti hujung minggu tanpa keizinan ibu bapa.
  • c) Melakukan perkara yang mengaibkan nama madrasah
  • 1) Nasihat agar tidak mengulangi kesalahan
  • 2) Solat taubat 4 raka’at (dipantau)
  • 3) Rotan 2 kali / khidmat madrasah
  • 4) Mengaji waktu cuti hujung minggu sebagai munasabah diri.
  • 5) Bincang masalah dengan ibu bapa.
  • 6) Di gantung pengajian dan kerja rumah 1 – 2 minggu sebagai muhasabah diri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: